Tugas ajk kerja pss

TUGAS AJK KERJA:

- Mengurus buku stok, proses teknik, mengkelas dan mengkatalog buku-buku baru.
- Mempamer buku-buku baru atau membuat ulasan di hari perhimpunan.
- Membuat pemilihan buku-buku, majalah dan bahan bukan buku yang sesuai untuk perpustakaan.
- Membuat pesanan dan membeli bahan-bahan perpustakaan.
- Membuat promosi buku melalui poster, ceramah, senarai bacaan, berita perpustakaan dan lain-lain.
- Melawat dan memberi penerangan ke bilik darjah.
- Membuat perancangan dan laporan tahunan perpustakaan.
- Menyediakan panduan dan peraturan menggunakan Perpustakaan.
- Menentukan tugas-tugas kakitangan perpustakaan
- Memberi latihan kemahiran perpustakaan kepada pelajar dan murid pembantu.
- Menguruskan surat-menyurat dan kerja-kerja yg berkaitan.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Membuat pilih buang dan baik

.....................
TUGAS AJK BILIK TAYANGAN:

- Membuat perancangan dan laporan tahunan TVP.
- Menyediakan jadual penggunaan TVP untuk P&P.
- Menyediakan panduan, peraturan penggunaan TVP dan rekod penggunaan.
- Mempamerkan jadual siaran TVP yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Membina koleksi pita-pita video rancangan TVP atau dari sumber-sumber lain untuk - kegunaan guru-guru dan pelajar.
- Menentukan alat terima TV dan VCR sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Melaporkan kepada penyelaras PSS sebarang kerosakan alat supaya dibaikpulih dengan segera.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Mengurus buku stok, proses teknik, mengelas, mengkatalog.
...........................
TUGAS AJK BILIKI ALATAN:

- Memastikan alat BBM/APD/ K yang berkuasa elektrik dan
bahan softwore / hardware sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang
kerosakan atau kehilangan.
- Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat
tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/ APD/
- K. Menguruskan penggunaan BBM/APD/ K secara berterusan.
- Memastikan keselamatan BBM/APD/ K.
- Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat alat BBM/APD/ K.
- Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/ K dalam pengajarandan direkodkan dengan kemas.
- Memastikan bilik BBM/APD/ K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
- Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/

...........................

TUGASA AJK NILAM:

- Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat
yang berkaitan.
- Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan dan aktiviti
-aktivit program NILAM.
- Membuat analisis program NILAM berdasarkan data terkumpul.
- Mewujudkan Fail Program NILAM.
- Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat berkaitan dengan program NILAM.
- Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan melalui borang NILAM kepada PSPN dan satu salinan kepada pengerusi.
- Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta mengambil tindakan susulan.
- Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM peringkat sekolah
......................
TUGAS GURU EKSES:

- Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan.
- Memastikan switch hub dan router SchoolNet sentiasa dalam keadaan baik agar capaian Internet tidak terganggu.
- Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
- Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
- Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya

........................
TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER:

- Membantu dalam pengedaran bahan buku(peminjaman dan pemulangan)
- Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
- Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
- Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas mengemas
- Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik
dan sebagainya
- Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
- Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
- Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
- Membantu mempromosikan PSS
- Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
- Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
- Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

.........................

0 comments: