Senarai tugas ajk

SENARAI TUGAS AJK INDUK PSS:
- Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
- Menentukan sumber kewangan PSS. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
- Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
- Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
- Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
- Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.
- Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya

.........................

Senarai Tugas AJK Kerja PSS

- Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
- Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
- Menyediakan Laporan Tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
........................................

0 comments: