Peraturan Pss Ibnu Sina

- Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
- Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
- Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.Jaket, baju panas, baju PJ dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

...................

0 comments: