Kemas Kini Data Nilam Online

salam...

Makluman:
semua Guru Kelas,
Tahun 1 hingga Tahun 6

Tuan/Puan:
Didahului dengan Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan kalian dan selamat pagi buat guru buku Islam.

Menurut surat PKG BUKIT SELAMBAU yang bertarikh 30. 09. 2010,
- Menghendaki guru-guru kelas mengemaskini data NILAM ONLINE.
- Tarikh akhir pada 10 Okt 2010.
- Ahad

Sebarang masalah atau kemuskilan sila berhubung dengan
- Pn. Salmah bt. Othman
- Rashina bt. Hashim

Kerjasama guru-guru dan keprihatinan guru diucapkan jutaan terima kasih.

"MEMBACA BUDAYA MULIA"
BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"

"SEPAKAT MENDAPAT BERKAT
KERJASAMA MEMBAWA BAHAGIA."

Sekian terimakasih.


Sumbangan Hasil Karya Kreatif


ASSALAMU'ALAIKUM WARGA PELAJAR/ GURU SKSPK SEKALIAN:

Pihak Admin Laman Web SKSPK, mengalu-alukan sumbangan hasil kreatif daripada
PELAJAR-PELAJAR. GURU-GURU ATAU SESIAPA SAHAJA yang berminat untuk menyumbangkan hasil karya kreatifnya yang terdiri daripada:

SAJAK, SYAIR, GURINDAM, PANTUN, SELOKA, CERITA, TEKA-TEKI, LAWAK JENAKA, DAN LAIN-LAIN

bolehlah menghantar sumbangan anda ke alamat email berikut:
skspksp@yahoo.com atau
mscsp_08@yahoo.com

Untuk penyertaan anda hendaklah melengkapkan borang seperti contoh di bawah:

Sumbangan Karya oleh:

Nama : Salma Auliya bt Othman
Kelas : 5 Berlian
Alamat :

No. Tel (r) dan (hp): jika ada.
Pengakuan penulis: Karya ini adalah karya saya sendiri
Tarikh : 02. 07. 2009
Hantar Karya (mail yahoo.com) : Klik di sini
Hantar Karya (mail google/ gmail) : klim di sini

Kiriman yang terpilih dan siar di dalam laman web skspk akan diberi hadiah. Hadiah-hadiah boleh dituntut di PUSAT SUMBER IBNU SINA pada waktu-waktu persekolahan. boleh cuba jangan tak cuba..

AMBILLAH PELUANG SEMENTARA ORANG MENGHARGAI ANDA...
JANGAN LEPASKAN PELUANG SELAGI IA MASIH ADA..
CUBA DAN TERUS MENCUBA ITULAH TIP KEJAYAAN ANDA...

Pusat Sumber Kita

Merealisasikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat mengumpul, menyimpan dan menyalurkan sumber maklumat kepada pelanggan serta berusaha untuk meningkatkan taraf Pusat Sumber Sekolah ini seiring dengan matlamat wawasan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1 VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara

1.2 MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

1.3 MOTTO
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
“Membaca Budaya Kita”

1.4 MATLAMAT
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesyen perguruan yang berilmu,
dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya
dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama.

1.5 OBJEKTIF
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif
dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat
memainkan peranan positif. Mendedahkan pelajar dengan
pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan
komputer.

Tugas Khas AJK PSS

Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan Kurikulum
Penyelaras: Puan Salmah Othman
Setiausaha: Pn Maisura bt. Mislani

Bertanggungjawab:
Pengawas PSS (pagi) : Pn. Rozana Bt. Mawi
Stok Buku & Kelab PSS : Pn. Salmah bt. Othman
Kursus/ Bengkel Murid : Pn. Suhaini bt. Hud
Pengawas Pss Ptg : Pn. Fazilah bt. Ahmad
: Sukri bin Saidan
Makmal ICT : Muhamat Hilmi Salam Bin Ismail
Kursus Dalaman Guru : Nahid bt. Abd. Rahman

Stok Alatan (ABB) : Shamsidar bt. Desa
: Pn. Zuraida bt. Zakaria
Perlantikan Pwas Baru : Pn. Fazilah
Papan Kenyataan Panitia: Pn Norhayani bt. Desa
Memantau Projek Nilam : Pn. Rashina bt. Hashim
Jamuan Akhir Tahun : Pn. Norazlina bt. Raop Ridzi
Memantau Projek Nilam : Pn. Rusmina Hussain
Projek Bilik Tayangan : Azmi Tahir

Keceriaan PSS : En. Amir Awang
Bilik Rakaman : En Mustafa

AUWP : Pn Maisura bt. Mislani
Baik Pulih Buku: Sumathy a/p Yaganathan
Projek Sel : Puan Famiri
………………….

“Sepakat Membawa Berkat,
Kerjasama Membawa Bahagia.
Berat Sama Dipikul,
Ringan Sama DiJinjing.”

Peraturan PSS khusus untuk Guru

Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.

Guru hendaklah mencatat sebarang pinjaman buku perpustakaan ke dalam Buku Rekod Pinjaman Buku Perpustakaan dan hendaklah memulangkan semula ke pustakaan apabila tamat tempoh pinjaman.

Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.

Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

Pastikan keadaan bilik seperiti sediakala sebelum meninggalkan.


“Contoh Melalui Teladan
Amanah Membawa Keberkatan.
Keberkatan Membawa Kesejahteraan dan Kebahagiaan.”

Peraturan Bilik tayangan

Disiplin

Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik audio visual
Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian
Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.

Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

Peraturan Pss Ibnu Sina

- Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
- Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
- Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.Jaket, baju panas, baju PJ dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

...................